CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Menyusuri Pasar Malam Kangar

Kangar merupakan ibu negeri Perlis, Malaysia. Ia terletak di titik paling utara di Semenanjung Malaysia dan terdapat di sepanjang Sungai Perlis. Terdapat pelbagai tempat menarik di yang terdapat di Kangar antaranya ialah Pasar Malam Stadium, Kangar.Setiap hari Rabu akan diadakan pasar malam di Perkarangan Stadium Utama Kangar. Pasar malam ini adalah pasar malam yang terbesar di negeri Perlis. Sekiranya anda berpeluang, singgahlah ke sini untuk menikmati syurga makanan kerana pelbagai juadah makanan ada dijual di sini. Terdapat pelbagai juadah makanan yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan, sayur-sayuran serta bahan mentah juga tidak dilupakan. Selain itu, terdapat pelbagai pakaian seperti baju, tudung dan sebagainya dengan fesyen yang menarik dan harga yang berpatutan.



Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Pengunjung yang datang pula tidak mengira usia. Penjual-penjual di pasar malam,tawar-menawar harga kepada pengunjung yang hendak membeli.Pasar malam sangat sibuk dan riuh-rendah disebabkan ramai orang dan juga cuaca yang baik.





0 comments:

Post a Comment

Ekspresi Mewujudkan Makna Slideshow: [ZUL][HAZWAN][FARAH][LIZA]'S’s trip to Kangar, Perlis, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kangar slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.